Wednesday, 10 January 2018

5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia

By: Husna Who


Tahukah anda bahawa bau badan yang wangi mampu untuk membuatkan anda tampil dengan lebih yakin di khalayak ramai? Namun begitu, ramai lagi lelaki yang masih belum sedar dan mengambil ringan tentang kepentingan bau badan. Tidak kira samada anda lelaki metrosexual ataupun tidak, bau badan amat memainkan peranan dalam kehidupan seharian dan tidak patut diabaikan sama sekali.

Tidak perlu risau jika anda belum pernah membeli perfume atau tidak pasti bau wangian yang bagaimana untuk dipilih. Kami disini akan bantu anda. Selepas ini anda pasti akan tampil lebih menawan dan bergaya kerana kami akan kongsikan 5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia khas untuk jejaka di luar sana!


5. Calvin Klein CKIN2U



Jika anda sukakan bau yang tidak terlalu tajam, CKIN2U lah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Baunya aromatik disertai dengan bau sitrus yang segar. Sangat sesuai digunakan untuk aktiviti harian kerana baunya tidak terlalu berat dan kuat. selain itu, ianya juga mampu bertahan selama 12 jam!

Untuk pilihan bau perfume seperti CKIN2U, kami tawarkan minyak wangi yang sah dibawa solat dan anda boleh dapatkan Aromatic IN2U kami di sini



4. Alfred Dunhill Desire Blue



Minyak wangi Desire Blue ini memang wajib dimasukkan ke dalam senarai wangian kami. Menjadi antara pilihan utama para jejaka di Malaysia, kombinasi bau sitrus, marin dan aromatik mampu untuk membuatkan anda tampil lebih macho dan maskulin. Para wanita pasti akan lebih terpukau dengan penampilan anda selepas ini!

Sekarang, anda juga mampu untuk miliki bau perfume seperti Desire Blue. Anda boleh dapatkan perfume Citrus Desire kami di sini dengan harga RM35 untuk 30ml. Sangat berbaloi!


3. Creed Aventus


Berbeza dengan perfume sebelum ini, Creed Aventus adalah perfume yang berbau tajam dan maskulin. Baunya sophisticated walaupun mempunyai sedikit bau buah buahan seperti pineapple dan bergamot (bau sitrus). Amat sesuai untuk digunakan oleh lelaki yang mahu tampil lebih maskulin dan segak.

Untuk pilihan bau perfume maskulin seperti Aventus, anda boleh dapatkan perfume Fruity Aventus kami di sini. Cuma RM35 tau!

2. Giorgio Armani Acqua Di Gio



Untuk lelaki di luar sana yang sukakan bau segar, fresh dan tidak terlalu kuat, anda boleh mencuba Acqua di Gio oleh Giorgio Armani. Bau sitrus di dalam perfume ini diselangi oleh bau laut lautan, jadi tidak hairan lah jika wangian ini menjadi pilihan orang ramai di luar sana.

Untuk pilihan bau perfume seperti Acqua di Gio, anda boleh dapatkan perfume Citrus Di Gio kami di sini. Jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan. 


1. Paco Rabanne 1 in Million


Perfume 1 in Million merupakan wangian berbau spicy dan warm, sesuai untuk lelaki yang mahu tampil eksklusif dan elegan. Cukup dengan beberapa semburan, minyak wangi ini mampu bertahan selama 8-12 jam. Jadi anda tidak lagi perlu risau kerana anda akan kekal wangi sepanjang hari.

Untuk pilihan bau perfume seperti 1 in Million, anda boleh dapatkan perfume Spicy Million kami di sini. Minyak wangi kami mampu milik dan amat sesuai untuk semua peringkat usia.

Bagaimana? Menarik kan senarai 5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia kami? Jika anda mahu mencuba sesuatu yang baru dan tampil lebih eksklusif, anda boleh terus ke website official kami. Klik SINI.




1 comment: