Thursday, 18 January 2018

6 Tips Minyak Wangi Tahan Lebih Lama




Pernah tak anda menyembur minyak wangi berjenama tetapi setelah hanya beberapa jam, baunya pudar dan semakin hilang? Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan ianya boleh diatasi oleh anda. Jadi kali ini kami akan terangkan bagaimana cara untuk memaksimakan penggunaan perfume dan tips supaya minyak wangi tahan lebih lama.



Gunakan lotion badan



Untuk membuatkan perfume disembur tahan lama, anda perlulah menyapu lotion di badan terlebih dahulu terutama di kawasan yang akan disembur dengan perfume. Namun begitu, ramai yang tidak peka dengan pemilihan lotion badan mereka. Anda seharusnya memilih lotion badan yang berbau neutral atau tidak mengandungi bau. Ini adalah kerana lotion badan yang mengandungi bau akan bercampur aduk dengan bau minyak wangi anda. Hasilnya, bau minyak wangi anda berubah dan tidak true to its scent.

Antara lotion badan tanpa bau yang kami boleh syorkan adalah Eucerin White Therapy Body Lotion


Sembur selepas mandi



Ramai yang tidak tahu bahawa waktu memainkan peranan penting dalam pemakaian minyak wangi. Kebanyakan orang hanya menyembur haruman sejurus sebelum mereka beredar keluar dari rumah. Namun begitu, ianya adalah langkah yang salah. Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah dengan menyembur minyak wangi sejurus selepas anda selesai mandi. Kulit badan yang lembab akan mengekalkan bau perfume di badan kita dengan lebih baik dan seterusnya membuatkan perfume tahan lebih lama.


Sapukan Vaseline


Antara tips yang akan menyebabkan minyak wangi tahan lebih lama adalah dengan menyapu Vaseline pada tempat yang akan disembur pewangi. Vaseline berasaskan minyak dan sifat inilah yang akan membantu pewangi untuk kekal lebih lama di permukaan kulit, terutamanya jika anda mempunyai masalah kulit yang kering. Kulit kering tidak mampu untuk mengekalkan bau perfume kerana kekurangan kelembapan, oleh itu anda perlu untuk melembabkan kulit terlebih dahulu dengan Vaseline sebelum memakai pewangi.


Jangan gesek minyak wangi



Adakah anda termasuk dalam golongan yang menyembur perfume di pergelangan tangan dan terus menggesek kedua tangan bersama? Jika ya, itu lah penyebab mengapa minyak wangi anda tidak tahan terlalu lama. Ramai yang tidak tahu bahawa menggesek kedua tangan bersama akan mengakibatkan first note minyak wangi hilang, lantas baunya tidak akan kekal lama. Jadi pastikan anda elakkan langkah ini tau!


Sembur di nadi


Menyembur minyak wangi di nadi amat membantu dalam mengekalkan baunya. Seperti gambar di atas, bahagian seperti di pegelangan tangan dan belakang telinga merupakan tempat yang sesuai untuk menyembur perfume. Dengan menyembur di kawasan tersebut, bau perfume akan merebak ke kawasan badan yang lain juga, lantas membuatkan bau pewangi lebih kuat dan tahan lebih lama. Anda boleh melihat gambar di atas sebagai panduan tau. Ianya sangat membantu!


Cara menyimpan perfume



Cara menyimpan minyak wangi juga boleh menyebabkan bau tidak tahan lama. Sesetengah orang lebih gemar untuk menyimpan pewangi mereka di tempat yang lembab seperti di bilik air. Tahukah anda kelembapan dan suhu bilik air mampu untuk membuatkan aroma dan sifat minyak wangi berubah? Jadi amatlah disarankan untuk anda menyimpan minyak wangi di tempat yang bersih dan kering kerana ianya boleh membuatkan perfume anda tahan lebih lama. 


Jadi selepas tahu tips tips ini, anda pasti tidak lagi akan mempunyai masalah minyak wangi. Baunya pasti akan bertahan lebih lama jika anda ikut tips yang kami sarankan. Selamat mencuba!


Jika anda ingin mencuba minyak wangi yang akan bertahan selama 8-12 jam dan cuma berharga RM35, anda boleh terus KLIK SINI. Terdapat sebanyak 40 pilihan menanti anda!

0 comments:

Post a Comment