By: Husna Who
Minyak wangi sememangnya amat sinonim dengan kehidupan harian wanita. Kebanyakan perempuan pasti tidak akan berasa lengkap jika tidak menyembur sepam dua pewangi sebelum keluar dari rumah. Lebih lebih lagi, minyak wangi akan membuatkan wanita tampak lebih menarik dan mempersona. Senang kata, minyak wangi lah yang akan menyempurnakan penampilan seseorang wanita.
Jika anda masih baru berjinak dengan dunia perfume, pasti anda akan sedikit keliru dan buntu kerana belakangan ini, terlalu banyak pewangi yang berada di pasaran. Semestinya sukar untuk anda membuat pilihan yang terbaik, kan?
Sebelum ini, kami telah membantu para jejaka dalam memilih 5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia (baca DI SINI). Jadi kali ini pula, kami akan membantu kaum hawa di luar sana untuk membuat pilihan perfume terbaik. Ingin tahu senarai 5 Perfume Wanita Paling Wangi di Malaysia? Teruskan membaca tau!
5) Escada Moon Sparkle
Escada Moon Sparkle mengetengahkan bau buah buahan dan sweet. Bau first note perfume ini lebih kepada bau buah buahan seperti sitrus dan blackcurrant. Selepas seketika, bau akan mula diselangi dengan bau floral yang tidak terlalu tajam. Setelah beberapa jam memakai perfume ini, bau terakhir yang akan muncul adalah bauan seperti raspberry dan juga amber. Perfume ini boleh dikatakan lebih kepada fruity berbanding sweet.
Jadi untuk sesiapa yang gemarkan bau buah buahan dan hanya sedikit sweet, anda boleh mencuba Escada Moon Sparkle. Ianya sangat sesuai untuk dipakai pada waktu siang tetapi masih fleksible dan boleh dibawa ke malam hari juga. Sesuai untuk wanita yang tidak sukakan bau yang terlalu berat.
Jika anda inginkan bau perfume yang hampir sama seperti Moon Sparkle, kami ada menawarkan Fruity Sparkle dari SugarBomb yang mampu bertahan sehingga 8-12 jam. Boleh KLIK DISINI untuk memcubanya!
4) Coach for Women
Coach by Coach ini merupakan bau yang klasik dan menjadi buruan ramai. Perfume ini dibuka dengan bau yang energetik dan fresh hasil gabungan buah mandarin dan guava. Diseling juga dengan bau bunga bungaan seperti teratai dan violet, perfume ini memberi bau yang soft kepada wanita. Apa yang membuat bau perfume ini unik adalah bau madu yang terdapat di middle notes serta vanilla dan kayu kayuan pada base notes.
Coach akan memberikan efek dan aura klasik kepada wanita, jadi ianya sesuai untuk digunakan jika anda ingin pergi ke majlis keramaian. Ianya pasti akan menjadi signature scent yang terbaik anda pernah miliki.
Coach akan memberikan efek dan aura klasik kepada wanita, jadi ianya sesuai untuk digunakan jika anda ingin pergi ke majlis keramaian. Ianya pasti akan menjadi signature scent yang terbaik anda pernah miliki.
Inginkan perfume yang berbau klasik seperti Coach? Kami sarankan anda untuk mencuba perfume kami yang bernama Sweet Coach. Ianya mampu milik dan mesra solat tau. KLIK SINI untuk memiliki wangian ini.
3) Britney Spears Midnight Fantasy
Midnight Fantasy dikeluarkan oleh penyanyi terkenal Britney Spears dan minyak wangi ini mengeluarkan bau buah buahan diseimbangkan dengan bau yang sweet saat disemburkan pada kulit. Bau fruity ini akan berkurang sedikit demi sedikit dan digantikan dengan selingan bau vanilla pada base note. Bau vanilla ini lah akan memberikan perfume ini bau yang lebih lembut dan sedikit powdery.
Apa yang kami boleh katakan, perfume ini tidak terlalu berat untuk si pemakai dan sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur termasuk remaja. Jika anda tercari cari perfume untuk kegunaan harian, anda boleh lah mencuba minyak wangi dari Britney Spears ini. Anda pasti tidak akan kecewa.
Ingin mencuba bauan seperti Midnight Fantasy? Kami ada menawarkan perfume yang sah untuk dibawa solat iaitu Sweet Fantasy. Untuk mencubanya, anda boleh KLIK SINI.
2) Gucci Flora
Gucci Flora adalah personal favorite penulis. Baunya yang floral dan sweet memberikan efek lembut kepada si pemakai. Perfume ini dikeluarkan oleh Gucci untuk wanita di luar sana tampak lebih elegan dan sophisticated. Dibuka dengan first notes seperti sitrus dan peoni, minyak wangi ini akan memberikan si pemakai bau yang unik dan sensual.
Sesuai untuk digayakan ke tempat kerja mahupun temu janji, Gucci Flora ini sesuai untuk wanita di luar sana yang inginkan kelainan. Ianya pasti akan memberi karakter yang tersendiri kepada pemakai. Baunya yang tidak tajam juga akan membuatkan orang sekeliling anda mengamati bau yang amat wangi ini.
Tidak pernah mencuba Gucci Flora kerana terlalu mahal untuk dimiliki? Jangan risau. Kami memberi anda alternatif yang lebih murah iaitu Floral Flora di mana harganya cuma RM35 untuk 30ml. Menarik kan? KLIK SINI untuk memilikinya!
1) Victoria's Secret Bombshell
Di tempat pertama adalah perfume keluaran Victoria's Secret, Bombshell. Perfume ini amat popular dalam kalangan wanita Malaysia kerana baunya yang fruity dan sweet. Pada masa yang sama, ianya sangat fresh dan sedikit aromatik. Dibuka dengan notes buahan seperti passion fruit dan tangerine, bau Bombshell akan beralih kepada sedikit bau bunga seperti peoni dan jasmin.
Bau perfume ini sesuai untuk wanita yang berkarisma dan pastinya, semua akan berpaling ke anda saat mereka terhidu bau ini. Perfume Bombshell sememangnya sesuai untuk hari hari yang kasual dan relaxing. Jadi tidak hairan lah ianya menjadi pilihan utama para wanita.
Ingin mencuba Victoria's Secret Bombshell? Apa kata anda cuba perfume dari Sugarbomb bernama Sweet Bombshell? Anda pasti akan jatuh cinta. KLIK SINI untuk mencubanya!
Adakah perfumes anda tersenarai dalam artikel kami? Jika tidak, anda boleh sahaja bertukar angin dengan mencuba sesuatu yang baru. Untuk lebih info tentang perfumes yang kami tawarkan, anda boleh terus ke website kami di SugarBomb Perfumes!
0 comments:
Post a Comment