Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi dan pastinya ramai yang ternanti nanti kan perayaan ini. Tahun ini merupakan Tahun Anjing ataupun Year of The Dog, bakal jatuh pada 16 Febuari 2018. Dan apabila kita bercakap tentang perayaan ini, memang tidak sah jika tidak dikaitkan dengan buah mandarin ataupun oren, bukan?
Tahukah anda bahawa buah oren merupakan simbolik kepada kaum Cina yang bermaksud "kejayaan"? Tidak hairan lah jika oren sangat sinonim dengan perayaan ini. Jadi untuk artikel kali ini, kami akan senaraikan 8 bau terbaik untuk digayakan semasa Tahun Baru Cina. Semestinya, bau notes yang wajib ada adalah bau limau dan oren.
Dior Fahrenheit
Dilancarkan pada 1988, minyak wangi untuk lelaki ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin tampil lebih maskulin dan mewah. Perfume ini sedikit berat untuk kegunaan harian namun masih sesuai untuk digunakan ketika menghadiri hari istimewa seperti CNY!
Victoria's Secret Bombshell
Perfume keluaran Victoria's Secret, Bombshell amat popular kerana baunya yang fruity dan sweet. Dibuka dengan notes buahan seperti passion fruit dan tangerine, bau Bombshell akan beralih kepada sedikit bau bunga seperti peoni dan jasmin. Perfume Bombshell sememangnya sesuai untuk hari hari yang kasual dan relaxing dan juga ketika bergembira bersama keluarga ketika Tahun Baru Cina.
Paco Rabanne 1 Million
Chanel Coco Mademoiselle
Perfume berbau oriental, Coco Mademoiselle wajib berada di dalam senarai minyak wangi untuk Chinese New year (CNY) kami. Dibuka dengan notes seperti oren, mandarin oren dan juga bergamot, minyak wangi ini memberi imej yang elegan dan eksklusif kepada si wanita dan sangat sesuai untuk digayakan pada hari keramaian.
Gucci Guilty
Jika anda mahu tampil lebih seksi dan sensual semasa majlis keramaian, maka Gucci Guilty lah pilihan yang tepat untuk anda. Mempunyai bauan sitrus, bergamot dengan selingan bau spicy, Guilty memberi si pemakai satu bau yang berlainan dan unik.
Viktor & Rolf Flowerbomb
Tampil sedikit berbeza dengan semburan bau bunga bungaan pada CNY yang bakal menjelang nanti, Flowerbomb akan membuatkan anda tampil lebih feminin. Walaupun bebau floral, minyak wangi ini masih mempunyai selingan bau seperti bergamot pada top notes, jadi amat sesuai untuk memakainya pada CNY.
Acqua Di Gio
Bvlgari Aqva Pour Homme
Mengetengahkan bau oren dan mandarin, Aqva by Bvlgari dibuka dengan bau yang segar. Selepas seketika, bau minyak wangi ini akan beralih kepada bau yang lebih maskulin yang terdapat pada base notes. Pastinya ramai keluarga dan rakan yang akan memuji bau ini jika dikenakan oleh anda ketika CNY nanti.
0 comments:
Post a Comment