Tuesday, 6 February 2018

8 Perfume Terbaik Untuk Dipakai Semasa Chinese New Year

Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi dan pastinya ramai yang ternanti nanti kan perayaan ini. Tahun ini merupakan Tahun Anjing ataupun Year of The Dog, bakal jatuh pada 16 Febuari 2018. Dan apabila kita bercakap tentang  perayaan ini, memang tidak sah jika tidak dikaitkan dengan buah mandarin ataupun oren, bukan?

Tahukah anda bahawa buah oren merupakan simbolik kepada kaum Cina yang bermaksud "kejayaan"? Tidak hairan lah jika oren sangat sinonim dengan perayaan ini. Jadi untuk artikel kali ini, kami akan senaraikan 8 bau terbaik untuk digayakan semasa Tahun Baru Cina. Semestinya, bau notes yang wajib ada adalah bau limau dan oren.


Dior Fahrenheit


Dilancarkan pada 1988, minyak wangi untuk lelaki ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin tampil lebih maskulin dan mewah. Perfume ini sedikit berat untuk kegunaan harian namun masih sesuai untuk digunakan ketika menghadiri hari istimewa seperti CNY!


Victoria's Secret Bombshell


Perfume keluaran Victoria's Secret, Bombshell amat popular kerana baunya yang fruity dan sweet. Dibuka dengan notes buahan seperti passion fruit dan tangerine, bau Bombshell akan beralih kepada sedikit bau bunga seperti peoni dan jasmin. Perfume Bombshell sememangnya sesuai untuk hari hari yang kasual dan relaxing dan juga ketika bergembira bersama keluarga ketika Tahun Baru Cina.

Paco Rabanne 1 Million


Perfume 1 Million merupakan wangian berbau spicy dan warm, sesuai untuk lelaki yang mahu tampil eksklusif dan elegan. Cukup dengan beberapa semburan, minyak wangi ini mampu bertahan selama 8-12 jam. Jadi anda tidak lagi perlu risau kerana anda akan kekal wangi sepanjang perayaan!


Chanel Coco Mademoiselle


Perfume berbau oriental, Coco Mademoiselle wajib berada di dalam senarai minyak wangi untuk Chinese New year (CNY) kami. Dibuka dengan notes seperti oren, mandarin oren dan juga bergamot, minyak wangi ini memberi imej yang elegan dan eksklusif kepada si wanita dan sangat sesuai untuk digayakan pada hari keramaian.


Gucci Guilty


Jika anda mahu tampil lebih seksi dan sensual semasa majlis keramaian, maka Gucci Guilty lah pilihan yang tepat untuk anda. Mempunyai bauan sitrus, bergamot dengan selingan bau spicy, Guilty memberi si pemakai satu bau yang berlainan dan unik.


Viktor & Rolf Flowerbomb




Tampil sedikit berbeza dengan semburan bau bunga bungaan pada CNY yang bakal menjelang nanti, Flowerbomb akan membuatkan anda tampil lebih feminin. Walaupun bebau floral, minyak wangi ini masih mempunyai selingan bau seperti bergamot pada top notes, jadi amat sesuai untuk memakainya pada CNY. 

Acqua Di Gio


Untuk jejaka di luar sana yang sukakan bau fresh yang tidak terlalu kuat, anda boleh mencuba Acqua di Gio oleh Giorgio Armani. Bau oren, lime, dan juga lemon pada top notes membuatkan perfume ini berbau segar. Ianya juga diselangi oleh bau laut lautan, jadi tidak hairan lah jika wangian ini menjadi pilihan orang ramai di luar sana. 

Bvlgari Aqva Pour Homme

Mengetengahkan bau oren dan mandarin, Aqva by Bvlgari dibuka dengan bau yang segar. Selepas seketika, bau minyak wangi ini akan beralih kepada bau yang lebih maskulin yang terdapat pada base notes. Pastinya ramai keluarga dan rakan yang akan memuji bau ini jika dikenakan oleh anda ketika CNY nanti.


Ingin memakai bauan seperti Bombshell, Guilty, 1 Million, Acqua Di Gio dan Flowerbomb pada sambutan Tahun Baru Cina? Anda boleh dapatkan perfumes dari SugarBomb, pada RM35 sahaja. KLIK SINI untuk pembelian. Selamat mencuba!



Wednesday, 24 January 2018

5 Perfume Paling Wangi Untuk Wanita di Malaysia

By: Husna Who




Minyak wangi sememangnya amat sinonim dengan kehidupan harian wanita. Kebanyakan perempuan pasti tidak akan berasa lengkap jika tidak menyembur sepam dua pewangi sebelum keluar dari rumah. Lebih lebih lagi, minyak wangi akan membuatkan wanita tampak lebih menarik dan mempersona. Senang kata, minyak wangi lah yang akan menyempurnakan penampilan seseorang wanita.

Jika anda masih baru berjinak dengan dunia perfume, pasti anda akan sedikit keliru dan buntu kerana belakangan ini, terlalu banyak pewangi yang berada di pasaran. Semestinya sukar untuk anda membuat pilihan yang terbaik, kan?

Sebelum ini, kami telah membantu para jejaka dalam memilih 5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia (baca DI SINI). Jadi kali ini pula, kami akan membantu kaum hawa di luar sana untuk membuat pilihan perfume terbaik. Ingin tahu senarai 5 Perfume Wanita Paling Wangi di Malaysia? Teruskan membaca tau!



5) Escada Moon Sparkle




Escada Moon Sparkle mengetengahkan bau buah buahan dan sweet. Bau first note perfume ini lebih kepada bau buah buahan seperti sitrus dan blackcurrant. Selepas seketika, bau akan mula diselangi dengan bau floral yang tidak terlalu tajam. Setelah beberapa jam memakai perfume ini, bau terakhir yang akan muncul adalah bauan seperti raspberry dan juga amber. Perfume ini boleh dikatakan lebih kepada fruity berbanding sweet.

Jadi untuk sesiapa yang gemarkan bau buah buahan dan hanya sedikit sweet, anda boleh mencuba Escada Moon Sparkle. Ianya sangat sesuai untuk dipakai pada waktu siang tetapi masih fleksible dan boleh dibawa ke malam hari juga. Sesuai untuk wanita yang tidak sukakan bau yang terlalu berat.

Jika anda inginkan bau perfume yang hampir sama seperti Moon Sparkle, kami ada menawarkan Fruity Sparkle dari SugarBomb yang mampu bertahan sehingga 8-12 jam. Boleh KLIK DISINI untuk memcubanya!


4) Coach for Women

Coach by Coach ini merupakan bau yang klasik dan menjadi buruan ramai. Perfume ini dibuka dengan bau yang energetik dan fresh hasil gabungan buah mandarin dan guava. Diseling juga dengan bau bunga bungaan seperti teratai dan violet, perfume ini memberi bau yang soft kepada wanita. Apa yang membuat bau perfume ini unik adalah bau madu yang terdapat di middle notes serta vanilla dan kayu kayuan pada base notes.

Coach akan memberikan efek dan aura klasik kepada wanita, jadi ianya sesuai untuk digunakan jika anda ingin pergi ke majlis keramaian. Ianya pasti akan menjadi signature scent yang terbaik anda pernah miliki. 

Inginkan perfume yang berbau klasik seperti Coach? Kami sarankan anda untuk mencuba perfume kami yang bernama Sweet Coach. Ianya mampu milik dan mesra solat tau. KLIK SINI untuk memiliki wangian ini. 

3) Britney Spears Midnight Fantasy

Midnight Fantasy dikeluarkan oleh penyanyi terkenal Britney Spears dan minyak wangi ini mengeluarkan bau buah buahan diseimbangkan dengan bau yang sweet saat disemburkan pada kulit. Bau fruity ini akan berkurang sedikit demi sedikit dan digantikan dengan selingan bau vanilla pada base note. Bau vanilla ini lah akan memberikan perfume ini bau yang lebih lembut dan sedikit powdery.

Apa yang kami boleh katakan, perfume ini tidak terlalu berat untuk si pemakai dan sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur termasuk remaja. Jika anda tercari cari perfume untuk kegunaan harian, anda boleh lah mencuba minyak wangi dari Britney Spears ini. Anda pasti tidak akan kecewa.

Ingin mencuba bauan seperti Midnight Fantasy? Kami ada menawarkan perfume yang sah untuk dibawa solat iaitu Sweet Fantasy. Untuk mencubanya, anda boleh KLIK SINI.


2) Gucci Flora


Gucci Flora adalah personal favorite penulis. Baunya yang floral dan sweet memberikan efek lembut kepada si pemakai. Perfume ini dikeluarkan oleh Gucci untuk wanita di luar sana tampak lebih elegan dan sophisticated.  Dibuka dengan first notes seperti sitrus dan peoni, minyak wangi ini akan memberikan si pemakai bau yang unik dan sensual.

Sesuai untuk digayakan ke tempat kerja mahupun temu janji, Gucci Flora ini sesuai untuk wanita di luar sana yang inginkan kelainan. Ianya pasti akan memberi karakter yang tersendiri kepada pemakai. Baunya yang tidak tajam juga akan membuatkan orang sekeliling anda mengamati bau yang amat wangi ini.

Tidak pernah mencuba Gucci Flora kerana terlalu mahal untuk dimiliki? Jangan risau. Kami memberi anda alternatif yang lebih murah iaitu Floral Flora di mana harganya cuma RM35 untuk 30ml. Menarik kan? KLIK SINI untuk memilikinya!


1) Victoria's Secret Bombshell



Di tempat pertama adalah perfume keluaran Victoria's Secret, Bombshell. Perfume ini amat popular dalam kalangan wanita Malaysia kerana baunya yang fruity dan sweet. Pada masa yang sama, ianya sangat fresh dan sedikit aromatik.  Dibuka dengan notes buahan seperti passion fruit dan tangerine, bau Bombshell akan beralih kepada sedikit bau bunga seperti peoni dan jasmin.

Bau perfume ini sesuai untuk wanita yang berkarisma dan pastinya, semua akan berpaling ke anda saat mereka terhidu bau ini. Perfume Bombshell sememangnya sesuai untuk hari hari yang kasual dan relaxing. Jadi tidak hairan lah ianya menjadi pilihan utama para wanita.

Ingin mencuba Victoria's Secret Bombshell? Apa kata anda cuba perfume dari Sugarbomb bernama Sweet Bombshell? Anda pasti akan jatuh cinta. KLIK SINI untuk mencubanya!

Adakah perfumes anda tersenarai dalam artikel kami? Jika tidak, anda boleh sahaja bertukar angin dengan mencuba sesuatu yang baru. Untuk lebih info tentang perfumes yang kami tawarkan, anda boleh terus ke website kami di SugarBomb Perfumes!




Thursday, 18 January 2018

6 Tips Minyak Wangi Tahan Lebih Lama




Pernah tak anda menyembur minyak wangi berjenama tetapi setelah hanya beberapa jam, baunya pudar dan semakin hilang? Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan ianya boleh diatasi oleh anda. Jadi kali ini kami akan terangkan bagaimana cara untuk memaksimakan penggunaan perfume dan tips supaya minyak wangi tahan lebih lama.



Gunakan lotion badan



Untuk membuatkan perfume disembur tahan lama, anda perlulah menyapu lotion di badan terlebih dahulu terutama di kawasan yang akan disembur dengan perfume. Namun begitu, ramai yang tidak peka dengan pemilihan lotion badan mereka. Anda seharusnya memilih lotion badan yang berbau neutral atau tidak mengandungi bau. Ini adalah kerana lotion badan yang mengandungi bau akan bercampur aduk dengan bau minyak wangi anda. Hasilnya, bau minyak wangi anda berubah dan tidak true to its scent.

Antara lotion badan tanpa bau yang kami boleh syorkan adalah Eucerin White Therapy Body Lotion


Sembur selepas mandi



Ramai yang tidak tahu bahawa waktu memainkan peranan penting dalam pemakaian minyak wangi. Kebanyakan orang hanya menyembur haruman sejurus sebelum mereka beredar keluar dari rumah. Namun begitu, ianya adalah langkah yang salah. Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah dengan menyembur minyak wangi sejurus selepas anda selesai mandi. Kulit badan yang lembab akan mengekalkan bau perfume di badan kita dengan lebih baik dan seterusnya membuatkan perfume tahan lebih lama.


Sapukan Vaseline


Antara tips yang akan menyebabkan minyak wangi tahan lebih lama adalah dengan menyapu Vaseline pada tempat yang akan disembur pewangi. Vaseline berasaskan minyak dan sifat inilah yang akan membantu pewangi untuk kekal lebih lama di permukaan kulit, terutamanya jika anda mempunyai masalah kulit yang kering. Kulit kering tidak mampu untuk mengekalkan bau perfume kerana kekurangan kelembapan, oleh itu anda perlu untuk melembabkan kulit terlebih dahulu dengan Vaseline sebelum memakai pewangi.


Jangan gesek minyak wangi



Adakah anda termasuk dalam golongan yang menyembur perfume di pergelangan tangan dan terus menggesek kedua tangan bersama? Jika ya, itu lah penyebab mengapa minyak wangi anda tidak tahan terlalu lama. Ramai yang tidak tahu bahawa menggesek kedua tangan bersama akan mengakibatkan first note minyak wangi hilang, lantas baunya tidak akan kekal lama. Jadi pastikan anda elakkan langkah ini tau!


Sembur di nadi


Menyembur minyak wangi di nadi amat membantu dalam mengekalkan baunya. Seperti gambar di atas, bahagian seperti di pegelangan tangan dan belakang telinga merupakan tempat yang sesuai untuk menyembur perfume. Dengan menyembur di kawasan tersebut, bau perfume akan merebak ke kawasan badan yang lain juga, lantas membuatkan bau pewangi lebih kuat dan tahan lebih lama. Anda boleh melihat gambar di atas sebagai panduan tau. Ianya sangat membantu!


Cara menyimpan perfume



Cara menyimpan minyak wangi juga boleh menyebabkan bau tidak tahan lama. Sesetengah orang lebih gemar untuk menyimpan pewangi mereka di tempat yang lembab seperti di bilik air. Tahukah anda kelembapan dan suhu bilik air mampu untuk membuatkan aroma dan sifat minyak wangi berubah? Jadi amatlah disarankan untuk anda menyimpan minyak wangi di tempat yang bersih dan kering kerana ianya boleh membuatkan perfume anda tahan lebih lama. 


Jadi selepas tahu tips tips ini, anda pasti tidak lagi akan mempunyai masalah minyak wangi. Baunya pasti akan bertahan lebih lama jika anda ikut tips yang kami sarankan. Selamat mencuba!


Jika anda ingin mencuba minyak wangi yang akan bertahan selama 8-12 jam dan cuma berharga RM35, anda boleh terus KLIK SINI. Terdapat sebanyak 40 pilihan menanti anda!

Monday, 15 January 2018

SugarBomb Perfume Review | Floral Flora & Fresh Spicy VIP

by: Husna Who

SugarBomb kini mempunyai 40 jenis bau wangian dan mungkin ada yang di luar sana masih tertanya tanya tentang ciri ciri dan bau perfumes kami. Jadi kali ini, kami akan review dua jenis perfumes untuk anda iaitu Floral Flora untuk wanita dan juga Fresh Spicy VIP untuk jejaka.



Floral Flora

SugarBomb Floral Flora ini merupakan bau wangian floral dan sweet yang lembut, di mana gabungan dua bau ini akan membuatkan si pemakai tampak lebih elegan dan berkarisma. Wangian ini juga amat sesuai untuk digunakan ketika keluar bersama rakan rakan mahupun ketika menikmati dinner date bersama yang tercinta.

Top notes: Sitrus, Peoni, Mandarin Orange
Middle notes: Osmanthus, Rose
Base notes: Sandalwood, Patchouli, Pink Pepper


Fresh Spicy VIP

Sugarbomb Fresh Spicy VIP adalah bau wangian yang lebih maskulin dan sophisticated. Gabungan bau woody, musky dan segar akan membuatkan kaum adam di luar sana tampak lebih yakin dan macho.  Sesuai untuk kegunaan harian kerana baunya tidak terlalu kuat dan overpowering.

Top notes: Lime, Caviar, Pepper, Ginger, Passionfruit
Middle notes: Spices, Vodka, Gin, Mint
Base notes: Amber, Leather



Bagaimana? Adakah Floral Flora dan Fresh Spicy VIP menepati ciri minyak wangi yang anda cari? Jika ya, anda boleh dapatkan perfume Floral Flora di SINI dan Fresh Spicy VIP di SINI



Wednesday, 10 January 2018

5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia

By: Husna Who


Tahukah anda bahawa bau badan yang wangi mampu untuk membuatkan anda tampil dengan lebih yakin di khalayak ramai? Namun begitu, ramai lagi lelaki yang masih belum sedar dan mengambil ringan tentang kepentingan bau badan. Tidak kira samada anda lelaki metrosexual ataupun tidak, bau badan amat memainkan peranan dalam kehidupan seharian dan tidak patut diabaikan sama sekali.

Tidak perlu risau jika anda belum pernah membeli perfume atau tidak pasti bau wangian yang bagaimana untuk dipilih. Kami disini akan bantu anda. Selepas ini anda pasti akan tampil lebih menawan dan bergaya kerana kami akan kongsikan 5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia khas untuk jejaka di luar sana!


5. Calvin Klein CKIN2U



Jika anda sukakan bau yang tidak terlalu tajam, CKIN2U lah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Baunya aromatik disertai dengan bau sitrus yang segar. Sangat sesuai digunakan untuk aktiviti harian kerana baunya tidak terlalu berat dan kuat. selain itu, ianya juga mampu bertahan selama 12 jam!

Untuk pilihan bau perfume seperti CKIN2U, kami tawarkan minyak wangi yang sah dibawa solat dan anda boleh dapatkan Aromatic IN2U kami di sini



4. Alfred Dunhill Desire Blue



Minyak wangi Desire Blue ini memang wajib dimasukkan ke dalam senarai wangian kami. Menjadi antara pilihan utama para jejaka di Malaysia, kombinasi bau sitrus, marin dan aromatik mampu untuk membuatkan anda tampil lebih macho dan maskulin. Para wanita pasti akan lebih terpukau dengan penampilan anda selepas ini!

Sekarang, anda juga mampu untuk miliki bau perfume seperti Desire Blue. Anda boleh dapatkan perfume Citrus Desire kami di sini dengan harga RM35 untuk 30ml. Sangat berbaloi!


3. Creed Aventus


Berbeza dengan perfume sebelum ini, Creed Aventus adalah perfume yang berbau tajam dan maskulin. Baunya sophisticated walaupun mempunyai sedikit bau buah buahan seperti pineapple dan bergamot (bau sitrus). Amat sesuai untuk digunakan oleh lelaki yang mahu tampil lebih maskulin dan segak.

Untuk pilihan bau perfume maskulin seperti Aventus, anda boleh dapatkan perfume Fruity Aventus kami di sini. Cuma RM35 tau!

2. Giorgio Armani Acqua Di Gio



Untuk lelaki di luar sana yang sukakan bau segar, fresh dan tidak terlalu kuat, anda boleh mencuba Acqua di Gio oleh Giorgio Armani. Bau sitrus di dalam perfume ini diselangi oleh bau laut lautan, jadi tidak hairan lah jika wangian ini menjadi pilihan orang ramai di luar sana.

Untuk pilihan bau perfume seperti Acqua di Gio, anda boleh dapatkan perfume Citrus Di Gio kami di sini. Jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan. 


1. Paco Rabanne 1 in Million


Perfume 1 in Million merupakan wangian berbau spicy dan warm, sesuai untuk lelaki yang mahu tampil eksklusif dan elegan. Cukup dengan beberapa semburan, minyak wangi ini mampu bertahan selama 8-12 jam. Jadi anda tidak lagi perlu risau kerana anda akan kekal wangi sepanjang hari.

Untuk pilihan bau perfume seperti 1 in Million, anda boleh dapatkan perfume Spicy Million kami di sini. Minyak wangi kami mampu milik dan amat sesuai untuk semua peringkat usia.

Bagaimana? Menarik kan senarai 5 Perfume Lelaki Paling Wangi di Malaysia kami? Jika anda mahu mencuba sesuatu yang baru dan tampil lebih eksklusif, anda boleh terus ke website official kami. Klik SINI.